KONSEP

Definisi Literasi Maklumat

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.

Doyle (1992) mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses, menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai “keupayaan untuk mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.”


Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Terdapat pelbagai definisi kemahiran berfikir yang dikemukakan oleh tokoh pemikir tentang maksud sebenar kemahiran berfikir. Pendapat tokoh pemikir seperu George (1970), Edward de Bono (1976), Mayer (1977), Chaffee (1988), Vincent Ryan Ruggiero (1984) dan John Barell (1991) mengaitkan kemahiran berfikir dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Oleh itu, kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. Kemahiran berfikir terdiri daripada dua peringkat kemahiran iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Schmalz (1973) menegaskan KBAR termasuk kemahiran kognitif mengingat semula dan kemahiran mengaplikasi konsep serta pengetahuan dalam situasi biasa atau konteks yang lazim.

Qyellmalz (1985) menghuraikan bahawa urid akan menggunakan KBAT seperti menganalisis, banding beza, merumus, mentafsir, menilai dan menjana idea apabila diberikan sesuatu tugasan untuk diselesaikan.

Lewis dan Smith (1993), berpendapat KBAT berlaku ketika seseirag individu menerima maklumat baharu, memproses maklumat tersebut, membuat penilaian seterusnya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang bukan lazim.

Seterusnya Tomei (2005) menyatakan KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang lebih tinggi iaitu kemahiran menganalisis, sintesis, menilai dan menghasilkan sesuatu idea yang baharu.

Definisi Kementerian Pendidikan Malaysia pula mengambil kira input daripada pelbagai pakar dan tokoh-tokoh pemikir tersebut. Oleh itu KBAT ditakrifkan sebagai ‘keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.



KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) 1994

-Memberi fokus kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

-Metakognisi

-Penekanan dalam kurikulum dan pedagogi.



KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 2013

-Kesinambungan kepada KBKK

-Memberi fokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta

-Penekanan dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, bina upaya serta sumber.

I-THINK






Tiada ulasan:

Catat Ulasan