Watak utama novel, Badri yang dilantik sebagai pengawas sekolah berhadapan dengan cabaran Shahrul,Meng Kong dan Kumar. Dia jua terbabit dengan persaingan Nadira dan Siew Mei yang berebut untukmenambat hatinya.Sebaik sahaja berjawatan pengawas, Badri segera "mengumpul" musuh hingga satu hari dia disiramdengan air tandas ketika berada dalam kamar kecil di situ. Dia juga menghadapi masalah dengan anakbuah (anak saudara Pak Lang (bapa saudara dan guru silat Badri), iaitu Nadira yang bersekongkol denganShahrul. Jamil, teman rapatnya juga terbabit dengan kegiatan menjual telefon bimbit yang dicuri olehMeng Kong di kedai ayahnya sendiri.Siew Mei, adik kepada Ah Meng, pekerja di kedai ayah Meng Kong meminta pertolongan Badri. Nadirakemudian sedar tentang perangai buruk Shahrul apabila sanggup meninggalkan dirinya disoal oleh polisbersendirian. Namun, Shahrul memang licik untuk memujuk Nadira walaupun Nadira sudah mula beralihkepada Badri.Badri berjaya membongkar kegiatan Shahrul, Kumar dan Meng Kong, lalu dihadapkan kepada gurudisiplin, Cikgu Jailani, pengetua dan guru kaunseling. Meng Kong kemudian dimasukkan ke asrama olehbapanya, manakala Kumar insaf dan berkawan dengan Badri. Dendam Shahrul membara, apatah lagi diamudah ditewaskan oleh Badri dalam satu pergelutan di kawasan joging.Perhatian Siew Mei terhadap Badri menyebabkan Nadira kembali menerima Shahrul. Jamil pula dihantarke rumah neneknya di Sarawak bagi menjauhkan dirinya daripada Shahrul. Ketika Badri menghadapifitnah memiliki telefon bimbit yang diletakkan ke dalam beg sekolahnya, hanya Taufik (si mulut murai)dan Siew Mei memberi sokongan.Dipendekkan cerita, Badri akhirnya bergelar doktor perubatan lulusan Ireland, manakala Siew Meidoktor gigi. Pembaca mungkin sedikit terkilan justeru Shahrul akhirnya berkahwin dengan Nadira, tetapidia sebenarnya telah menjadi orang berguna. Shahrul menjadi pengusaha bengkel mekanik yang berjayadengan rakan kongsinya, Kumar dan sering mengunjungi Taufik yang kini memiliki resort sendiri...
Watak ialah pelaku atau pemegang peranan dalam sesebuah cereka.
Contoh: Badri,Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
SINOPSIS MENGIKUT
BAB-NOVEL MERENANG GELORA
Bab 1 – Tugas Baharu
Badri anak sulong daripada dua orang adik beradik
mula bertugas sebagai seorang pengawas sekolah Adiknya bernama Badrul. Beliau
seorang yang tegas dan berdisiplin. Bercita-cita ingin menjadi pemimpin pada
masa hadapan. Jamil merupakan kawan baik kepada Badri, manakala Shahrul
seorang murid yang nakal, Siti Cahaya Nadira seorang murid baharu yang cantik
menjadi rebutan murid-murid lelaki di sekolah tersebut. Jamil dicabar oleh
Badri dan sebaliknya untuk mendapatkan Siti Cahaya Nadira.
Bab 2 – Api Yang Mula Membara
Jamil mengajak Badri melepak di Mastika Mall tetapi
ditolak. Mereka berbeza dari segi soal prinsip kehidupan. Meng Kong anak tauke
kedai telefon selalu dikerumuni oleh murid-murid lain. Badri telah disimbah air
semasa berada di dalam tandas. Peristiwa itu menjadi heboh di kantin. Nadira
menyindirnya. Cikgu Jailani menyiasat kes tersebut. Badri dibenarkan balik ke
rumah lebih awal kerana keadaan bajunya yang basah dan berbau. Selepas itu
Badri pergi ke perpustakaan untuk menenangkan jiwa dan berjalan-jalan tetapi
terserempat dengan Shahrul yang menunggang motosikal dengan Nadira. Badri telah
pergi ke rumah Pak Alang dan agak terkejut kerana terserempat dengan Nadira di
sana. Pak Alang memperkenalkan Nadira sebagai anak buahnya dari Kedah.
Bab 3 – Main Api
Badri dapat mengenali murid yang ada di dalam
tandas semasa dia disimbah air berdasarkan tanda lahir yang terdapat di leher
murid tersebut. Kumar ditangkap dan dibawa kepada Cikgu Jailani , iaitu guru
disiplin. Kumar ditangkap kerana turut membawa telefon bimbit. Ah Chun dan
Selva , rakan sekelas Badri yang menyuruh Kumar, Meng Kong dan Shahrul menjual
kad prabayar kepada murid-murid di sekolahnya. Kumar telah memberitahu Jamil
agar Badri tidak memerhatikan Meng Kong lagi. Nadira memberi amaran agar Badri
tidak melaporkan apa-apa kepada Mak Alang. Badri digelar sebagai pelapor. Badri
dimalukan dengan dijatuhkan apabila dirempuh dengan kuat oleh Bob dan disindir
oleh Kumar serta ditertawakan oleh Nadira. Semasa di dalam bas, dia mendapat
nota untuk datang ke pasar raya pada petang itu. Dia ke pasar raya itu dan
bertemu dengan Siew Mei yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.
Bab 4 – Duri Dalam Daging
Kumar bertemu dengan Meng Kong dan Shahrul di pusat
boling. Beliau bercerita dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Badri
kerana telah ditangkap oleh Badri dan telefonnya dirampas. Kumar masih
berdendam dengan Badri.
Bab 5 - Pertemuan
Badri berjumpa dengan Jamil dan bertanya adakah dia
juga terlibat dalam kegiatan menjual kad prabayar. Semua rahsia itu
diceritakan oleh Siew Mei setelah diberitahu oleh abangnya yang bekerja di
kedai telefon ayah Meng Kong, iaitu Encik Tan. Hal ini kerana kerap berlaku
kehilangan kad prabayar dan telefon di kedai Encik Tan. Badri pula
melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Nadira dari terus berkawan dengan
Shahrul. Kemungkinan Shahrul turut terlibat dengan aktiviti tidak bermoral.
Bab 6 – Kemuncak Dunia
Nadira dimarahi oleh Nurul Ain, iaitu kakaknya
kerana berpakaian sendat untuk keluar pada Sabtu pagi. Nadira menunggu Shahrul
dalam keadaan marah kerana selalu lewat, tetapi sering terpujuk oleh kata-kata
manis Shahrul. Nadira marah kepada Badri kerana menegurnya berkawan dengan
Shahrul. Nadira mengikut Shahrul bersiar-siar dengan menunggang motosikal.
Shahrul bertemu dengan rakannya, mat motor yang selalu berlumba haram. Nadira
tidak senang dengan Aziz iaitu salah seorang kawan dalam kumpulan mat motor
Shahrul. Mereka telah diserbu oleh anggota polis tetapi Shahrul, Aziz dan
rakan-rakannya dapat melarikan diri. Nadira terperangkap kerana ditinggalkan
oleh Shahrul. Akhirnya, Nadira ditangkap dan dihantar pulang ke rumahnya oleh
pihak polis. Pihak polis menerangkan bahawa Nadira telah berkawan dengan mat
rempit yang diburu oleh pihak polis. Ada kalangan mereka yang terlibat dengan
jenayah. Nadira dimarahi kakaknya.
Bab 7 – Secantik Sinar
Jamil menjauhi diri daripada Badri. Taufik kawan
sekelas Badri ingin mengetahui masalahnya. Badri menyembunyikannya dan
memarahinya kerana bersikap menjaga tepi kain orang lain. Taufik memberitahu
kejadian yang menimpa Nadira dan Shahrul. Nadira telah ditangkap dan disoal
oleh pihak polis. Hal ini telah diketahui oleh pengetua dan menyebabkan Nadira
dipanggil untuk menceritakan situasi sebenar kejadian tersebut. Nadira
berjumpa dengan badri di perpustakaan untuk meminta maaf atas kesalahannya
terhadap Badri. Nadira menyatakan hasratnya ingin berkawan dengan Badri tetapi
Badri serba salah dan malu. Pertemuan dengan Shahrul membuatkan Nadira amat
marah kepada Shahrul. Badri dicabar oleh Shahrul.
Bab 8 – Mengharung Badai
Jamil menceritakan kepada Badri yang dia telah
dituduh mencuri telefon bimbit di kedai ayah Meng Kong. Nasibnya baik kerana
bapa Meng Kong tidak membuat laporan kepada pihak polis dan sekolah. Dia tidak
dapat membela diri. Badri bersyukur kerana Jamil sudah insaf atas perbuatannya.
Nadira masih berharap Badri tidak masuk campur urusan Meng Kong dan
kawan-kawannya, tetapi Badri masih tekad menyelongkar kebenarannya. Siew Mei mengajak
Badri berjumpa di bengkel dan menasihati Badri tentang pergaduhannya dengan
Shahrul kerana Nadira. Siew Mei meminta Badri membimbing Nadira . Akhirnya
Badri bertanya kepada Siew Mei mengapa dia mengambil berat tentangnya. Siew
hanya menutup mulut dan lari tergesa-gesa kerana malu.
Bab 9 – Rahsia Hampir Terbongkar
Badri mengintip perbualan Kumar, Meng Kong dan
Shahrul tentang rancangan mereka untuk terus menjual telefon bimbit dan kad
prabayar ketika sedang berjoging di tasik. Mereka agak risau jika Jamil
membongkar kegiatan mereka itu. Mereka telah disergah oleh Badri. Shahrul
menyerang Badri tetapi dapat dielak kerana Badri mahir dalam ilmu persilatan.
Bab 10 – Semarak Api
Shahrul tidak selesa tinggal di rumah teres
walaupun sudah tiga tahun mendiaminya. Dia masih lagi rindu akan rumah lamanya
yang besar dan mewah itu. Rakan-rakan Shahrul sering menganggapnya daripada
golongan yang berada, namun sebaliknya. Dia telah dipanggil oleh Cikgu Jailani
kerana menyerang Badri. Apabila Shahrul bertemu dengan Badri yang sedang makan
bersama-sama Nadira, hatinya marah dan dia cuba mengungkit rancangan mereka
dahulu untuk mengenakan Badri. Tujuannya adalah untuk memisahkan Badri dengan
Nadira. Suatu hari, Shahrul dan Kumar memungut hutang daripada Amir yang
membeli telefon tetapi dibayar separuh sahaja kerana emaknya tidak membenarkan
dia membelinya dan meminta dipulangkan kembali. Apabila Amir memulangkan
telefon itu kepada Shahrul, telefon tersebut telah jatuh dan dilihat oleh Cikgu
Jailani. Amir dibawa ke bilik guru. Amir telah diugut oleh Shahrul dan Kumar
agar tidak menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Jailani, sebagai balasan
hutang Amir akan dihapuskan. Amir telah berbohong kepada Cikgu Jailani
untuk menutup rahsia daripada siapa dia membeli telefon itu agar hutangnya
lupus.
Bab 11 – Tertangkap
Meng Kong ke kedai ayahnya untuk mendapatkan
bekalan telefon di dalam stor tanpa menyedari stor tersebut telah dipasang
dengan system CCTV. Dia berpura-pura menunggu Ah Meng. Telefon itu diserahkan
kepada Kumar agar tidak dikesan oleh bapanya. Ah Meng telah memainkan semula
rakaman CCTV tersebut dihadapan Encik Tan. Encik Tan telah melihat Meng Kong
mengambil empat telefon bimbit dari stor itu. Apabila Meng Kong balik dia
disuruh berjumpa dengan ayahnya. Ayahnya telah menunjukkan rakaman CCTV kepada
Meng Kong lalu Meng Kong meminta maaf dan berharap dia dimaafkan tetapi ayahnya
telah menghukumnya dengan menyuruhnya tinggal di asrama sekolah serta
meminta maaf daripada pengetua sekolah iaitu Encik Baharom. Akhirnya, mereka
bertiga, Shahrul, Meng Kong dan Kumar tertangkap dan dikenakan hukuman tiga
sebatan setiap orang. Meng Kong ditempatkan di asrama. Badri meminta Taufik
memerhatikan Meng Kong.
Bab 12 – Suasana Baharu
Meng Kong mengikuti rutin jadual di asrama walaupun
dia berasa kekok, tetapi atas keramahan Taufik dan Saiful, dia cuba
menyesuaikan diri. Dia berasa lega kerana tiada orang bertanya sebab dia
tinggal di asrama. Meng Kong mula belajar dan membuat kerja
sekolahnya mengikut masa dan jadual. Dia menceritakan pengalamannya buat kali
pertama dapat menyiapkan kerja rumah kepada Shahrul dan Kumar. Mereka tidak
berpuas hati dengan perubahan Meng Kong yang tidak mahu menjual telefon lagi
kerana Meng Kong takut dihantar untuk tinggal dengan datuknya yang garang.
Shahrul dan Kumar masih mengajak Meng Kong meneruskan usahanya, tetapi Meng
Kong tetap menolak. Berlaku pertengkaran antara mereka dan Badri datang
meleraikan pertengkaran tersebut dengan membawa mereka berjumpa Cikgu Jailani.
Mereka dirotan atas kesalahan tersebut.
Bab 13 – Jiwa Remaja
Badri bersiap-siap dengan kemas untuk keluar
berjumpa dengan Nadira. Badri diusik oleh Badrul yang menyatakan abangnya
mempunyai dua orang buah hati kepada emaknya. Nadira menelefon
Badri dan bertanya tentang kelewatannya. Badri akhirnya datang untuk
melihat pementasan teater tersebut. Nadira berasa cemburu apabila mengetahui
hubungan Badri dengan Siew Mei. Nadira mengelamun semasa pementasan itu
dan disedari oleh Badri. Setelah pulang ke rumah Badri dimaklumkan oleh
Badrul bahawa Jamil datang mencarinya. Badri menelefon Jamil dan
berbual-bual melalui telefon. Mereka berjanji untuk bertemu keesokan harinya
namun apabila Badri pergi mencarinya tetapi dia tiada di rumah. Jamil hilang
tanpa dapat dikesan walaupun dia telah bertanya kepada ibu bapa Jamil
serta Taufik dan Kumar. Badri menemui Kumar yang sedang memasukkan rokok
ke dalam beg Meng Kong atas arahan Shahrul supaya Meng Kong dibuang
asrama. Kumar mengikut sahaja arahan Shahrul kerana takut dikasari oleh Sahrul.
Bab 14 – Di Persimpangan
Kumar insaf perbuatannya lalu mengelak diri
daripada dihasut oleh Shahrul yang memyebabkan dia terikut-ikut dengan gaya
mewah Sahrul. Shahrul tetap bertegas untuk memastikan Kumar masih mahu menjadi
ahli kumpulannya dan tidak membocorkan rahsia mereka apabila Jamil dan
Meng Kong tidak lagi terlibat dalam kumpulan mereka. Shahrul tetap memujuk
Kumar mengikutnya untuk membalas dendam terhadap Badri.
Bab 15 – Kehilangan Yang Misteri
Kehilangan Jamil menjadi misteri. Walau
bagaimanapun, Badri tidak dapat melupakan sahabatnya itu. Kini Badri
sudah berkawan baik dengan Kumar. Badri dikejutkan dengan berita di akhbar yang
dibaca oleh Siew Mei tentang kematian Amran iaitu kawan Jamil yang mati
ditembak kerana terlibat dengan kes jenayah dan dadah. Badri risau
sekiranya Jamil turut terlibat dalam kes jenayah tersebut.
Bab 16 – Tersayat Pedih
Shahrul ketakutan mendengar berita kematian
Amran dan mengurung diri serta mencari jalan untuk mendekati Nadira
semula sebagai sahabat. Shahrul mula merasakan kehilangan rakan-rakannya dan
mula bergaul dengan rakan-rakan yang lebih dewasa. Apabila melihat
Badrul, Shahrul ingin membalas dendam terhadap Badri dengan mengupah Din
memukul Badrul iaitu adik Badri. Din tidak mahu terlibat dan hal ini
menyebabkan Shahrul marah lalu memecut motosikalnya menyebabkan dia terjatuh.
Badrul dan kawan-kawannya menolong menghantar Shahrul ke hospital.
Persahabatan Kumar dengan Badri menyebabkan Siew Mei tidak berpuas hati.
Apabila berjumpa Badri, Kumar menceritakan niat sebenar Shahrul melalui
maklumat yang diperoleh melalui Din tetapi Nadira curiga dengan kata-kata
Kumar, sebaliknya Siew Mei tidak bersetuju dengan pendapat Nadira yang
menyatakan Shahrul telah berubah.
Bab 17 – Mangsa Fitnah
Badri banyak menghabiskan masa mengulangkaji
pelajaran dengan Kumar. Namun begitu Badri kesal dengan sikap Siew Mei yang
tidak semesra sebelum ini. Kumar menyatakan ada perasaan cemburu antara Siew
Mei dengan Nadira yang ingin merebut hati Badri. Untuk menghindari perasaan
tersebut Badri lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji dengan Kumar.
Badri telah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah apabila Cikgu
Jailani menemui telefon tersebut di dalam begnya. Badri dibawa oleh Cikgu
Jailani ke bilik disiplin. Taufik menyatakan Shahrul telah menyuruh Kumar
melakukannya. Badri terkilan kerana Nadira tidak menyokongnya sebaliknya
menyalahkannya juga. Berita negatif tersebut masih tersebar walaupun Cikgu
Jailani mendapati Badri tidak bersalah. Badri juga disindir oleh Shahrul. Semua
rakan menjauhkan diri daripadanya kecuali Siew Mei dan Taufik.
Bab 18 – Pentas Sandiwara
Badri dan Taufik mendengar perbualan Shahrul dan
Kumar. Mereka mendapati Shahrul telah mengarahkan Kumar meletakkan telefon
bimbit ke dalam beg Badri tetapi Kumar tidak mematuhi arahan tersebut. Hal ini
menyebabkan Shahrul berasa marah. Pertengkaran antara Shahrul dan Kumar telah
dilihat oleh Lokman dan Badri. Mereka dibawa ke bilik pengawas oleh Lokman,
iaitu ketua pengawas. Badri diberi semangat oleh Taufik dan Lokman berkenaan
fitnah yang ditabur kepadanya.
Bab 19 – Cerita Baharu
Meng Kong berjumpa dengan Badri, Taufik dan Siew
Mei di kantin. Mereka bersimpati dengan nasib Badri. Badri
menyatakan bahawa Kumar tidak terlibat dalam hal tersebut. Mereka berbincang
tentang sikap Shahrul yang tidak serik dengan kejadian yang telah berlaku
kerana ibu bapanya tetap menyokongnya walaupun Cikgu Jailani pernah ke rumah
Shahrul memberitahu sikap Shahrul kepadanya.
Bab 20 – Hati Yang Terluka
Hubungan Nadira dan Shahrul kembali mesra.
Hal Ini menimbulkan sedikit rasa cemburu di hati Badri. Semasa
mengelamun, Badri tersalah menyebut nama Nadira kepada Siew Mei menyebabkan
Siew Mei agak berkecil hati. Doa Badri agar dia ditemukan dengan Nadira untuk
mengetahui pandangan Nadira terhadapnya. Akhirnya dia bertemu dengan Nadira
yang ditemani Shahrul di rumah Pak Alangnya. Badri menyatakan kesalahan Shahrul
telah dikesan oleh Cikgu Jailani menyebabkan Shahrul berasa bimbang. Badri
menyindir sikap Nadira.
Bab 21 – Harapan
Shahrul terlibat dalam kemalangan selepas balik
dari rumah Pak Alang Nadira. Shahrul menduduki SPM di hospital. Kesan daripada
kemalangan tersebut, kaki Shahrul tempang sebelah. Badri meminta maaf kepada
Siew Mei akan sikapnya tempoh hari. Badri menyatakan cita-citanya untuk berjaya
dalam Sijil Pelajaran Malaysia bukan untuk mengejar cinta. Hal ini disokong
oleh Siew Mei. Badri, Taufik dan Siew Mei sama-sama belajar untuk menduduki SPM
dan berjaya menjawab soalan dengan baik. Selepas tamat peperiksaan, mereka
sama-sama berbincang tentang cara untuk menghabiskan masa cuti mereka. Taufik
akan mengikut Badri berkerja di resort bapa saudara Badri. Badri dan Siew Mei
berjaya mendapat 9A dalam SPM. Taufik pula mendapat 7A. Selepas mendapat
keputusan, Badri bergegas pergi membeli tiket untuk balik bekerja semula.
Badri telah memohon kemasukan ke universiti.
Bab 22 – Senja Belum Berlabuh
Pertemuan semula antara Badri dengan Jamil berlaku
di resort milik Jamil setelah masing-masing berjaya dalam kehidupan. Mereka
mengimbau kembali kenangan lalu. Badri melanjutkan pelajaran di Ireland dalam
bidang perubatan dan akan bertugas sebagai doktor di Hospital Besar Kuala
Lumpur. Jamil melanjutkan pelajaran dalam bidang hotel dan pelancongan di UiTM.
Taufik mendapat ijazah dalam bidang perniagaan. Jamil dan Taufik berkongsi
membuka resort di Terengganu. Shahrul dan Kumar melanjutkan pelajaran di
Politeknik dalam jurusan kemahiran memperbaiki kereta sehingga berjaya membuka
beberapa cawangan bengkel kereta di Kuala Lumpur. Shahrul telah berkahwin
dengan Nadira. Nadira berjaya membuka sebuah butik setelah memperoleh kelulusan
diploma fesyen di UiTM. Siew Mei berjaya menjadi seorang doktor gigi. Badri dan
rakan-rakannya berjaya merenang gelora dalam kehidupan mereka dan berharap
berjaya merenang gelora yang akan mendatang.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak ialah pelaku atau pemegang peranan dalam sesebuah cereka.
Manakala perwatakan pula merujuk
kepada ciri-ciri fizikal (luaran) dan ciri-ciri peribadi (dalaman) seseorang
itu.
Watak Utama
Badri
Badri
§ Anak sulung kepada Mak Siti, abang
kepada Badrul.
§ Seorang pengawas sekolah
§ Berperawakan segak, berdedikasi dan
berwibawa
§ Bertanggungjawab - sebagai seorang
pengawas sekolah, Badri sedar dia harus menggalas
tugas berat
dan perlu menunjukkan perilaku yang baik
§ Berdisiplin - Badri tidak pernah
melanggar peraturan sekolah
§ Menepati masa dan seorang yang
sistematik - setiap hari, seawal pukul 6.40 pagi Badri
sudah
menunggu bas awam untuk pergi ke sekolah.
§ Setia dalam persahabatan - Badri
bersahabat baik dengan Jamil dan banyak membantunya
dalam
pelajaran.
§ Berani menghadapi cabaran - Badri
tidak gentar apabila berdepan dengan pelajar yang
berlagak
samseng, suka melanggar peraturan, ditangkap menggunakan telefon bimbit
semasa di
sekolah.
§ Rajin mengulang kaji pelajaran -
mengajak Siew Mei dan Taufik membentuk kumpulan
belajar.
§ Berpendirian teguh atau berprinsip -
tidak mengendahkan usikan rakan-rakannya mengenai
hubungannya
dengan Nadira dan Siew Mei.
Watak Sampingan
Shahrul
Shahrul
§ Salah seorang rakan Badri, anak orang
berada
§ Berkawan baik dengan Kumar dan Meng
Kong
§ Berlagak dan sombong - Shahrul tidak
betah tinggal di rumah teres kerana selama ini dia
tinggal di rumah banglo.
§ Materialistik - Shahrul terlibat
dalam kegiatan penjualan telefon bimbit yang dicuri semata-
mata untuk memperoleh wang bagi membeli barangan mewah dan berjenama.
§ Suka berfoya-foya - bercampur gaul
dengan budak-budak motor dan melepak di kompleks
beli-belah.
§ Berprasangka buruk - menganggap Badri
berlagak menjadi pengawas.
§ Panas baran - Shahrul mencekak kolar
baju Kumar agar Kumar mengikut arahannya untuk
menjual telefon bimbit secara ansuran.
§ Mudah terpikat dengan gadis cantik -
berani membawa keluar Nadira menunggang
motosikal.
§ Mementingkan diri sendiri – Shahrul meninggalkan
Nadira keseorangan ketika polis cuba
menangkap rakan-rakan mat rempitnya.
§ Memperalat orang lain untuk tujuan
jahatnya – Shahrul menyuruh Kumar untuk memasukkan
sesuatu ke dalam beg Meng Kong supaya Meng Kong dibuang asrama.
§ Pendendam – Shahrul meminta Din untuk
memukul Badri bagi melepaskan dendamnya
terhadap Badri.
Nadira
§ Seorang pelajar perempuan baru
berpindah dari Sekolah Menengah Badrul Shah, Kedah
yang mengikut ayahnya bertugas di Kuala Lumpur.
§ Sahabat Badri dan Shahrul dalam kelas
5 Bestari.
§ Tidak berpendirian tegas - Nadira
mudah dipengaruhi Shahrul untuk mempercayai kes
telefon bimbit yang dijumpai di dalam beg Badri.
§ Mengalami kejutan budaya - setelah
berada di Kuala Lumpur dan berkawan dengan Shahrul,
Nadira memakai jeans ketat dan baju senteng.
§ Ego dan sombong - bersikap bena tidak
bena akan nasihat Badri agar tidak terpengaruh
dengan Shahrul yang suka menghabiskan masa dengan perkara tidak
berfaedah.
§ Tidak mendengar nasihat - Nadira
enggan menerima nasihat kakaknya, Nurul Ain yang
menegur tentang penampilannya.
§ Tidak menghormati orang lain –
meninggikan suara ketika kakaknya menegur tentang
pakaiannya yang agak terdedah dan mencolok mata.
§ Suka membazirkan masa – sering
membazirkan masa dengan bersiar-siar dan melepak di
kompleks beli belah bersama-sama Shahrul.
Meng
Kong
§ Anak kepada Encik Tan, pemilik kedai
telefon bimbit.
§ Rakan kepada Shahrul dan Kumar
§ Tidak jujur - Meng Kong mencuri kad
prabayar dan telefon bimbit lalu dijual kepada pelajar di
sekolahnya.
§ Mata duitan atau materialistik - Meng
Kong sanggup mencuri telefon bimbit di kedai ayahnya
untuk mendapatkan wang sehingga mencecah hampir dua ribu ringgit.
§ Insaf akan kesalahan yang dilakukan -
setelah bapanya mengetahui perbuatan jahatnya
melalui rakaman CCTV, dia memohon maaf daripada ayahnya dan berjanji
tidak akan
melakukan kesalahan itu lagi.
§ Patuh dan taat kepada ibu bapa - Meng
Kong sanggup tinggal di asrama sekolah
sepertimana yang diarahkan oleh bapanya.
Kumar
§ Rakan kongsi kepada Shahrul dan Meng
Kong dalam perniagaan menjual telefon bimbit dan
kad prabayar kepada pelajar sekolah.
§ Menyimbah air ke atas Badri semasa
Badri di dalam tandas.
§ Benci dan marah terhadap Badrul yang
menyebabkan telefon bimbitnya dirampas oleh
Cikgu Jailani.
§ Mata duitan atau materialistik –
Kumar bersama dua rakan karibnya Shahrul dan Meng Kong
terlibat dalam kegiatan penjualan telefon bimbit dan kad prabayar
untuk memperoleh wang
lebih.
§ Mudah dipergunakan oleh orang lain –
Kumar cuba memfitnah Meng Kong supaya Meng
Kong dibuang asrama atas arahan Shahrul.
§ Insaf akan kesalahan yang dilakukan –
Tidak mahu lagi dipergunakan oleh Shahrul. Sedar
bahawa dia telah banyak ketinggalan dalam pelajarn.
§ Berubah menjadi baik setelah beberapa
kali diberi sesi kaunseling – mula akrab dengan
Badri dan mengulang kaji pelajaran bersama-sama.
Jamil
§ Kawan baik kepada Badri. Menasihati
Badri tentang risiko menjadi pengawas.
§ Terlibat dalam bisnes menjual telefon
bimbit terpakai dan kad prabayar yang dijalankan oleh
Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
§ Menjauhkan diri daripada Badri
setelah Badri mengetahui kegiatannya.
§ Kelurganya menghantar Jamil ke
Sarawak setelah mendapati dia mempunyai masalah
dengan kumpulan Shahrul, Meng Kong dan Kumar.
§ Insaf akan kesalahan yang dilakukan -
berhenti daripada menjual barangan milik
§ Meng Kong setelah Meng Kong
menuduhnya mencuri telefon bimbit.
Cikgu
Jailani
§ Guru Matematik dan guru disiplin
sekolah.
§ Tegas - dia mengambil tindakan tegas
kepada pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin.
§ Adil - mengarahkan supaya para
pengawas mengawasi kawasan sekitar sekolah secara
bergilir-gilir dalam bentuk berpasukan yang terdiri daripada 3 orang
pengawas.
§ Rasional - menyelidiki kes Badri
disiram air ketika berada di dalam tandas dan kes telefon
bimbit yang dijumpainya di dalam beg Badri.
§ Bertolak ansur - meskipun Kumar kerap
melakukan kesalahan tetapi setelah Kumar
memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya, akhirnya
cikgu Jailani
tidak menggantung persekolahannya.
Pengajaran
Kita
perlulah tabah menghadapi cabaran untuk menyelesaikan masalah.
Contoh: Badri tabah menghadapi cabaran ketika
menjalankan tugas sebagai seorang pengawas walaupun telah disimbah dengan air
sehingga dia berjaya menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti kes
penjualan telefon bimbit.
Kita
haruslah mempelajari seni mempertahankan diri untuk menjaga keselamatan diri.
Contoh: Badri dapat mengelakkan serangan daripada
Shahrul secara spontan kerana mempunyai ilmu persilatan.
Kita
hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
Contoh: Badri dan Siew Mei gigih belajar
sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Kita
mestilah tegas dan adil ketika menyelesaikan sesuatu masalah agar tidak
menganiaya orang lain.
Contoh: Cikgu Jailani menyelidik secara terperinci
penemuan telefon bimbit di dalam beg Badri agar Badri tidak teraniayai kerana
beliau percaya bahawa Badri tidak bersalah.
Kita
hendaklah berani memberikan maklumat yang benar untuk mengatasi sesuatu masalah.
Contoh: Siew Mei membantu Badri memberikan maklumat
berkaitan masalah disiplin murid-murid sehingga terbongkarnya kegiatan
penjualan telefon bimbit oleh Shahrul dan Meng Kong.
Kita
janganlah terburu-buru ketika membuat keputusan.
Contoh: Encik Tan terburu-buru memberhentikan Idham
iaitu abang Jamil yang bekerja di kedai telefon bimbitnya setelah mempercayai
akan dakwaan Meng Kong bahawa Idham yang telah mencuri telefon bimbit di
kedainya.
Kita
haruslah taat kepada ibu bapa demi kejayaan masa depan.
Contoh: Meng Kong akur dengan tindakan
bapanya untuk tinggal di asrama sekolah.
Kita
hendaklah insaf setelah melakukan sesuatu kesalahan agar tidak terus-menerus
mengalami kesusahan.
Contoh: Shahrul telah sedar dan insaf akan segala
kesalahannya setelah terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan
kakinya tempang sebelah.
Kita
hendaklah berbincang secara rasional dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh: Encik Tan telah berbincang dan bersepakat
dengan Cikgu Jailani untuk menempatkan Meng Kong di asrama sekolah bagi
mengatasi masalah tersebut disiplin anaknya.
Nilai
Nilai
kasih sayang
Contoh: Demi rasa kasih dan sayang akan anaknya,
Encik Tan sanggup menempatkan anaknya di asrama sekolah agar Meng Kong berubah
sikapnya dan tidak terjebat lagi dengan gejala sosial.
Nilai
ketabahan
Contoh: Badri seorang yang tabah dalam menjalankan
tugasnya sebagai seorang pengawas walaupun berbagai-berbagai dugaan,cemuhan,
ugutan dan tindakan yang dihadapi olehnya.
Nilai
kegigihan
Contoh: Badri gigih berusaha dan belajar sehingga memperoleh
keputusan yang kecemerlangan iaitu 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia.
Nilai
bertanggungjawab
Contoh: Mak Siti seorang ibu yang bertanggungjawab
kerana telah memasak nasi lemak dan sambal sotong untuk sarapan
anak-anaknya.
Nilai
Prihatin
Contoh: Badri seorang yang amat prihatin kepada
rakannya, beliau tetap meneruskan hasrat untuk menceritakan perihal Shahrul
kepada Nadira walaupun mengetahui bahawa Nadira pasti tidak akan mempercayainya
demi saying akan masa depan Nadira.
Nilai
cinta akan seni warisan bangsa
Contoh: Badri mempelajari seni mempertahankan diri
iaitu silat dengan Pak Alangnya dan sentiasa menjaga etika silat di mana-mana
saja dia berada.
Nilai
keberanian
Contoh: Badri seorang yang berani kerana tetap
ingin berjumpa dengan seseorang yang tidak pasti hanya melalui nota kecil yang
terdapat di dalam poketnya demi mendapatkan maklumat dan menyelesaikan masalah
sosial rakan-rakan di sekolahnya.
Nilai
persahabatan
Contoh: Walaupun Badri, Jamil, Shahrul, Meng Kong,
dan Siew Mei telah ada kehidupan masing-masing namun ingatan persahabatan tetap
kekal di sanubari masing-masing.
TEMA
Novel ini
bertemakan cabaran dan tangggungjawab seorang pelajar dalam menjalankan tugas
sebagai seorang pengawas.Tema ini dijelmakan melalui watak utama,Badri yang
merempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah
yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya.
PERSOALANi. Ibu bapa yang mementingkan kerjaya
menyebabkan anak-anak yang terlibat dalam gejala sosial.a. Contoh: Shahrul
yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam
masalah displin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.
ii. Kasih
sayang ibu. bapa terhadap anak-anak
Contoh: Encik Tan memohon kepada pegetua
supaya Meng Kong ditempatakan di asrama sekolah supaya anaknya berdisplin dan
berjaya dalam peperiksaan.
iii. Hasad
dengki dalam persahabatan.
Contoh:
Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng
Kong dibuang dari asrama
iv. Tanggungjawab
terhadap tugas .
Contoh:
Badri sebagai pengawas terus merujuk Cikgu Jailani sekiranya pelajar terlibat
dalam kes displin walaupun melibakan kawannya Jamil.
v. Semangat
kerjasama dalam menyelesainya masalah.
Contoh: Siew
Mei memberikan maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan
rakan-rakannya dalam perjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar di
sekolahnya.
vi. Sikap
gigih golongan perlajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan.
Contoh: Badri,Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.
vii. Buruk
sangka dalam kalangan pelajar.
Contoh:
Shahrul,Kumar,Jamil dan Meng Kong bersangka buruk terhadap Badri sehingga
menyimbahkan air ketika Badri di dalam tandas sekolah.
viii. Gejala lumba haram dalam kalangan pelajar.
Contoh:
Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir di tangkap
oleh polis.
ix. Berdiri
untuk mendapatkan pengalaman.
Contoh:Badri
dan Taufik bekerja sambilandi resort bapak saudara Badri sementara menungu
keputusan SPM.
x. Perpaduan
kaum.
Contoh:Badri,Siew Mei,Tufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka
berlainan agama dan bangsa.
tq
BalasPadamlatar tempat, masa, masyarkat semua takde ke??
BalasPadamlatar tempat, masa, masyarkat semua takde ke??
BalasPadamLatar tempat ,masa , masyarkat dun have ? If got whtsapp me 0124867331 very thank
BalasPadambagosnye
BalasPadamseangat membara untuk belajar tahun depan
BalasPadam