Isnin, 30 Mac 2015

Perjumpaan Mentor Mentee Kali 1 2015





Murid-murid begitu bersungguh-sungguh semasa berjumpaan dengan guru-guru. Perjumpaan ini memberi peluang kepada murid-murid meluahkan segala pendapat atau permasalahan kepada guru-guru sebagai panduan dan bimbingan dalam pendidikan.

Isnin, 23 Mac 2015


SHAFA ANIRA-2000
SMK ADE PUTRA


MEMORI KEHIDUPAN


Hari yang hadir kian pergi meninggalkan masa dan kenangan,
Jika titisan air mata yang selalu menjadi teman kita setiap hari,
Ubah lah ia selagi kita masih kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan .

Jika memori kita dipenuhi dengan kisah suka dan duka,
Ingatlah ia selagi bererti.
Kerana kenangan yang lepas tak dapat dicipta kembali kerana ia tidak akan pernah sama dengan apa yang kit lalui dahulu kala .

Ahad, 22 Mac 2015

PERKAMPUNGAN ILMU PT3 DAN SPM 2015




Tanggal 15 MAC 2015,ISNIN - SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ADE PUTRA
telah mengadakan Perkampungan Ilmu bagi pelajar yang menduduki peperiksaan PT3 dan SPM . Murid yang terlibat adalah semua murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 . Guru yang turut hadir bagi menjalankan program ini ialah guru yang mengajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 . Program ini diadakan bagi memantapkan ilmu pengetahuan murid . Selain itu,ia juga diadakan untuk memantapkan kecemerlangan murid dalam pelajaran dengan belajar teknik-teknik menjawab soalan yang dikemukakan di dalam peperiksaan dan ia juga boleh menjadikan sebagai persediaan murid menjawab soalan yang dikemukakan .

Ahad, 1 Mac 2015

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH SMK ADE PUTRA 2015

Kejohanan ini telah diadakan pada 27 Februari 2015. Tuan Pengetua Pn Hjh Zaleha binti Ahmad telah sudi merasmikan kejohanan ini. Kejohanan ini melibatkan semua murid SMK Ade Putra

KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR SMK ADE PUTRA 2015

Kursus kepimpinan pelajar bagi semua pengawas sekolah SMK Ade Putra. Kursus ini telah diadakan pada 28 Februari dan 1 Mac 2015 di Kem Rabiatul Adawiyah Empangan Durian Tunggal Alor Gajah. YDP PIBG SMK Ade Putra iaitu Tn Hj Ihsan bin Othman telah merasmikan penutupan program ini. Kursus ini melibatkan seramai 150 pengawas-pengawas sekolah