Pada 24 Februari 2015, satu Majlis Program Nilam Peringkat SMK Ade Putra telah sempurna dilancar. Tn Hj Azizan bin Mustafa @ Jaafar selaku GPK 1 SMK Ade Putra telah sudi melancarkan program ini. Syabas Ade Putra.
Selasa, 24 Februari 2015
Isnin, 16 Februari 2015
Majlis pelantikan watikah pengawas
Majlis pelantikan watikah pengawas SMK Ade Putra pada 16 Februari 2015
Ahad, 15 Februari 2015
CERPEN - ANAK PENGGUNTING RAMBUT : KOMSAS TINGKATAN 2
ANAK PENGGUNTING RAMBUT
( Nor Hidayah Asari )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM
)
Sinopsis:
Cerpen
"Anak Penggunting Rambut" mengisahkan seorang ayah yang mempunyai
seorang anak perempuan yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak
yang berambut pendek seperti kanak-kanak lelaki dan mempunyai nama panggilan.
Manis. Wajahnya comel dan suka tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa
Manis lebih baik berambut pendek kerana dia selalu pening dan pitam.
Manis
bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut walaupun ayah
sudah berusia enam puluh lima tahun kerana kebanggaan itu, rambut Manis akan
digunting oleh ayah sehingga mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal dengan
panggilan Mat Gunting di Kampung Batu 25, Bagan Datoh. Apabila ayah diterima
menjadi peneroka FELDA, beliau menggambil upah menggunting rambut setelah pulang
dari ladang.
Ketika
Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan pekerjaan ayahnya
sebagai penggunting rambut. Namun demikian, ayah akan menceritakan kesusahannya
mencari rezeki di kampung dengan melakukan banyak pekerjaan termasuk menggunting
rambut meskipun pendapatannya tidak seberapa. Ayah juga menceritakan rezeki
sebagai penggunting rambut sudah sebati dengan hidup sejak kali pertama belajar
menggunting rambut.
Manis
sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah membawa kemenangan
yang bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak itu, Manis selesa
dengan berambut pendek dan ayah terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakan orang
berpendapat bahawa ayah telah membentuk peribadi Manis berperwatakan lelaki
disebabkan rambutnya yang pendek. Namun begitu ayah menyenanginya apatah lagi
Manis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting. Selepas kematian
isterinya, ayah sibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya
hingga terlupa menggunting rambut Manis.
Ayah
akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen untuk
kanak-kanak dan seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut diletakkan di
dalam bekas kelengkapan gunting rambut dan disangkut pada dinding. Ayah tahu
Manis selalu mengambil antara dua puluh sen atau tiga puluh sen wang upah
tersebut tetapi tidak memarahinya apabila mengetahui wang tersebut digunakan
untuk membeli keropok lekor di kantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah
Manis tidak mencukupi, ayah telah menambahnya dengan syarat Manis tidak boleh
lagi mengambil wang upah gunting tanpa kebenarannya.
Manis
akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masa pelanggan yang
datang. Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua atau tiga orang
pelanggan yang menanti kepulangannya. Manis akan membantu tugas-tugas lain
seperti menyapu dan mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul untuk
menggali lubang bagi menanam rambut-rambut yang digunting.
Di
alam sekolah menengah, Manis masih berambut pendek walaupun dicemburi oleh
ramai pelajar senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis akan meminta ayahnya
menggunting rambutnya mengikut gaya yang baru. Akhirnya, imej Manis berambut
pendek telah menjadi ikutan rakan-rakannya tetapi tidak disenangi oleh warden
asramanya.
Apabila
meningkat dewasa Manis menyambung pelajarannya ke Kuala Lumpur. Sepanjang
pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang ke kampung. Manis cuma
menelefon ayahnya dengan memberi pelbagai alasan untuk tidak pulang ke kampung.
Pada
suatu hari, ayah mendapat panggilan telefon kecemasan daripada kawan Manis yang
menyatakan Manis sakit dan berada di hospital. Manis disahkan mengidap leukemia
sama seperti penyakit ibunya. Hati ayah menjadi sebak apabila mengusap helaian
dan gumpalan rambut Manis yang gugur daripada kulit kepalanya. Kepala Manis
kini sudah separuh botak.
Doktor
memberi harapan tipis untuk Manis hidup dalam tempoh beberapa bulan sahaja.
Namun begitu, Allah lebih sayang akan Manis. Dia menghembuskan nafas
terakhirnya di atas ribaan ayah. Pada akhir kalimat yang diucapkan oleh Manis
kepada ayahnya masih terngiang-ngiang di telinga ayahnya betapa sehelai rambut
Manis amat bermakna dan Manis tidak mampu menyimpannya lagi.
Tema:
Kasih
sayang ayah terhadap anaknya. Ayah yang bekerja sebagai tukang gunting
menyayangi anaknya, Manis dengan memenuhi kehendak anaknya untuk bergunting
rambut hingga ke akhir hayat anaknya.
Persoalan:
1.
Persoalan
berdikari untuk meneruskan kehidupan. Contohnya, Ayah meneruskan kehidupan
menjaga Manisah setelah kematian isterinya.
2.
Persoalan
prihatin dengan masalah anak. Contohnya, Ayah menambah wang saku anaknya
setelah wang saku yang diberi tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian di
sekolah.
3.
Persoalan
menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang. Contohnya, Ayah dan anak-anaknya
redha menerima kematian Manisah akibat penyakit Leukemia.
4.
Persoalan
mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup. Contohnya, Manisah
sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk menyambung pelajaran di bandar.
Plot:
Permulaan
Pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak
ayah sebagai tukang gunting yang dikagumi oleh anak perempuannya, Manis.
Pekerjaan ayah sebagai tukang gunting bermula dengan kerja sampingan tetapi
akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis pula menjadi pelanggan ayahnya
dengan gaya guntingan rambut pendek.
Perkembangan
Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang
gunting walaupun ditertawakan oleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis menemani
ayahnya waktu bergunting rambut telah dikagumi oleh ayahnya. Manis mempunyai
prinsip untuk mempertahankan rambut pendeknya walaupun sudah bersekolah
menengah dan ditegur oleh warden asramanya. Setelah melanjutkan pelajarannya di
peringkat universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya dan hanya sekadar menelefon
ayahnya sahaja.
Klimaks
Manis disahkan mengidap penyakit leukemia oleh doktor.
Dia hanya boleh hidup selama beberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hati apabila
menerima perkhabaran itu.
Peleraian
Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya
meninggal dunia. Ayah menerima suratan takdir Allah dengan mengenang kembali
makna sehelai rambut Manis yang gugur akibat penyakit leukemia.
Teknik Penceritaan:
1.
Dialog.
Contoh: "Mengapa abah teruskan juga menjadi penggunting rambut bila dah
sampai ke sini?"
2.
Imbas
kembali. Contoh: Aku masih ingat kali pertama dia ke tadika. Dia menangis.
3.
Monolog
dalaman. Contoh: Kau tak rindukan pisau cukur yang pernah tergores di leher
jinjangmu. Manis sudah lapan bulan abah tidak menggunting rambutmu.
Watak dan Perwatakan:
(i) Ayah
·
sudah
berusia lewat 60-an
·
seorang
bapa tunggal
·
rajin
bekerja untuk menyara keluarganya
·
tabah
menjalani tugasnya sebagai tukang gunting
·
memiliki
bakat dan kepandaian menggunting rambut
·
hidup
menduda setelah kematian isteri
(ii) Manisah
·
memiliki
raut wajah yang comel
·
berpendirian
tegas dan sanggup menghadapi risiko
·
berusaha
dengan bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran
·
rajin
membantu orang lain
·
gemar
berambut pendek
Latar:
Masa
1.
Petang
- Ayah menanam rambut Manis di dalam satu lubang kecil selepas kematian Manis.
2.
Subuh
- Waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia.
3.
Waktu
Siang - Waktu ayah bekerja di ladang, di kedai gunting rambut, dan Manis pergi
ke sekolah.
Tempat
1.
Kampung
Batu 25, Bagan Datoh - kampung asal ayah sebelum berpindah ke tanah rancangan
FELDA
2.
Tanah
rancangan FELDA - tempat ayah merantau untuk mencari penghidupan yang lebih
baik.
3.
Tadika
- Manis dan kumpulannya mengambil bahagian dalam acara membawa bakul kacang di
atas kepala dan memenangi acara tersebut.
4.
Asrama
- Manis tinggal di asrama semasa bersekolah menengah.
5.
Hospital
- tempat Manis dirawat kerana penyakit leukemia.
Masyarakat
1.
Masyarakat
yang mementingkan sikap berdikari untuk kelangsungan hidup. Contohnya: Ayah
yang berdikari mendidik anak-anaknya setelah kematian isterinya.
2.
Masyarakat
peneroka FELDA yang dapat mengusahakan kerja sampingan. Contohnya: Ayah di
samping menjadi peneroka sanggup menjadi tukang gunting rambut sebagai kerja
sambilan.
3.
Masyarakat
yang berani mempertahankan risiko. Contohnya: Ayah mempertahankan tindakannya
memotong rambut Manisah hingga pendek walaupun dikritik oleh orang kampung.
4.
Masyarakat
yang menerima takdir Tuhan dengan tabah. Contohnya: Ayah dan abang menerima
takdir kematian Manisah dengan redha.
Gaya Bahasa:
·
Sinkope.
Contohnya, Kau degil tetapi cepat menangis.
·
Kata
ganda. Contohnya, Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal.
·
Simile.
Contohnya, Seperti Busut Hitam.
·
Personifikasi.
Contohnya, Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri.
Nilai:
1.
Nilai
Keberanian. Contoh: Manisah berani berambut pendek walaupun telah dipanggil dan
ditegur oleh guru.
2.
Nilai
Berdikari. Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-anak selepas kematian
isterinya.
3.
Nilai
Semangat Bermasyarakat. Contoh: Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting
rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun bayarannya rendah.
4.
Nilai
Kasih sayang. Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak kecil hingga dewasa.
5.
Nilai
Kerajinan. Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting
rambut pada sebelah petangnya. Manisah juga rajin menolong ayahnya membersihkan
tempat menggunting rambut.
Pengajaran:
1.
Kita
hendaklah menerima ketentuan Allah. Contoh: Ayah menerima ketentuan Allah yang
mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa anaknya Manisah lebih awal.
2.
Kita
hendaklah mendidik anak dengan sempurna. Contoh: Ayah mendidik anak-anaknya
dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia.
3.
Kita
hendaklah bersangka baik terhadap jiran. Contoh: Orang kampung memahami mengapa
ayah memotong rambut Manisah hingga pendek.
4.
Kita
hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga. Contoh: Manisah
rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan keluarga.
Khamis, 12 Februari 2015
Pantun Empat Kerat (Muafakat) - Komsas Tingkatan 3
Maksud
Rangkap 1
Kesungguhan dalam melakuka sesuatu perkara secara bersama
akan membawa kejayaan.
Rangkap 2
Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat.
Rangkap 3
Sikap bekerjasama antara penduduk akan melahirkan
kehidupan yang bahagia.
Rangkap 4
Masyarakat bermuafakat akan melahirkan Negara yang aman
dan sejahtera.
Rangkap 5
Sikap saling mempercayai adalah asas untuk
melahirkan permuafakatan yang berkekalan dalam masyarakat.
Rangkap 6
Sikap toleransi dan saling menghormati amat penting untuk
mengukuhkan perpaduan.
Tema
Tema pantun ini ialah amalan hidup bermuafakat dalam
masyarakat menjamin kesejahteraan.
Persoalan
Kepentingan amalan mempraktikkan bergotong-royong.
Sikap saling mempercayai asas permuafakatan. .
Sikap toleransi dan saling menghormati mengukuhkan perpaduan .
Kepentingan amalan mempraktikkan bergotong-royong.
Sikap saling mempercayai asas permuafakatan. .
Sikap toleransi dan saling menghormati mengukuhkan perpaduan .
Bentuk Pantun
Mempunyai 6 rangkap.
Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.
Dua baris di atas pembayang dan dua baris di bawah maksud.
Jumlah perkataan antara 3 hingga 4 perkataan sebaris.
Contoh: ke lurah sama diharungi.
Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata sebaris.
Contoh: per/ca/ya/ mem/per/ca/ya/i/ a/sas/ ber/pe/gang/
(13 suku kata
Rima akhir abab.
Gaya
bahasa
Anáfora
Bulat air oleh pembetung
Bulat manusia oleh muafakat
(Pengulangan perkataan ‘bulat’ pada awal baris)
Repitisi.
Hidup muafakat hidup bahagia
Peribahasa.
Bulat air oleh pembetung
Bulat manusia oleh muafakat
Inversi
Bergotong-royong penduduk sekampung.
Imej
alam. Kangkung, Bunga melati paya, sawah padi
Unsur
bunyi
Asonansi –
Buah salak di dalam kantung (
pengulangan vokal a)
Aliterasi
– kulitnya keras isinya kelat (pengulangan
konsonan k)
Nilai
Bekerjasama
.
Toleransi.
Percaya
mempercayai
Hormat-menghormati.
Pengajaran
Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Kita hendaklah bertolak-ansur antara satu sama lain.
Kita hendaklah saling mempercayai antara sama lain.
Kita perlulah saling menghormati dalam kalangan masyarakat.
Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Kita hendaklah bertolak-ansur antara satu sama lain.
Kita hendaklah saling mempercayai antara sama lain.
Kita perlulah saling menghormati dalam kalangan masyarakat.
Rabu, 11 Februari 2015
35 Petua Pelajar Cemerlang
Berikut merupakan
petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah
Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1. Menggunakan
kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat
aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang
kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
§ kita
ingat 10% apa yang dibaca
§ kita
ingat 20% apa yang didengar
§ kita
ingat 50% apa yang didengar & dilihat
§ kita
ingat 70% apa yang dicakapkan
§ kita
ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar
secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar
3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu
memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat
khabar, melawat rakan dan sebagainya....
5. Belajar
dalam persekitaran kondusif.
§ pastikan
cahaya adalah terang
§ kurangkan
gangguan bunyi
§ tampal
poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
§ tampal
gambar-gambar yang menenangkan fikiran
§ kerusi
dan meja menghadap kiblat
§ jangan
lupa untuk senyum
6. Tidak
ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang
kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak
menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca
buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab
soalan.
8. Tahu
teknik merangsang memori:
§ memasukkan
maklumat dalam memori (registration)
§ menyimpan
maklumat dalam sel memori (retention)
§ mengingat
kembali (recall)
§ menggunakan
maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa
awal dan mendahului:
§ persediaan
awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif
pada guru.
§ pelajar
yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
§ belajar
awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
§ untuk
sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru
mengajar.
10. Berbuat
baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai
teknik membaca yang betul:
§ duduk
dengan tegak & bernafas dengan betul
§ memberikan
tumpuan sepanuhnya
§ menggunakan
jari telunjuk untuk membaca
§ menyesuaikan
kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa
mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh &
malas.
13. Membaca
doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan
sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak
membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan
rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar
mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological
clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu
sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca
al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang
kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80%
selepas belajar).
18. Mengulang
kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu
mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang
kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang
kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu
petua mengulang kaji:
§ cari
tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
§ siapkan
semua 'bekalan' dengan sempurna
§ duduk
tegak dikerusi yang selesa
§ baca
doa penerang hati
§ baca
buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
§ fikir
dan ingat kembali isi utama
§ catat/lakar
§ semak
semula ketepatan maklumat
§ ulang
sebut atau ceritakan pada orang lain
§ buat
rumusan
§ jawab
soalan
§ tampal
maklumat yang rumit di dinding
§ baca
doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu
memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat
khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu
petua-petua agar tidak lupa:
§ jangan
makan kepala ikan
§ jangan
makan organ dalaman
§ jangan
minum semasa makan
§ jangan
minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
§ jangan
melihat kemaluan
§ banyakkan
makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
§ banyakkan
makan kismis, kurma dan madu
§ banyakkan
makan kekacang
§ pakai
minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
§ jangan
makan sehingga terlalu kenyang
§ jangan
kencing berdiri
25. Tahu
kemahiran mengingat:
§ tampal
nota-nota penting di dinding
§ tukar
perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
§ gunakan
kaedah akronim
§ reka
cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
§ pecahkan
maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap
mengatur jadual belajar:
§ mempunyai
jadual belajar
§ patuh
kepada jadual
§ buat
jadual yang boleh diikuti
27. Tidak
menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai
dorongan untuk belajar.
28. Cari
maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang
tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina
kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara
dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan
masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa
nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan
tempat belajar.
33. Menyedari
guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan
nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan
sebagainya.
35. Ciri-ciri
pelajar cemerlang:
§ taat
kepada Allah
§ mendirikan
sembahyang
§ menghormati
kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
§ hormati
& sayangi guru
§ bersungguh-sungguh
dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
§ suka
pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
§ membantu
rakan yang memerlukan
§ berdoa
dan bersyukur kepada Allah
§ sentiasa
bertawakal
§ mahir
dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang,
adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam
kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai
akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.
Sumber - http://www.macam-2.com/2008/01/35-petua-pelajar-cemerlang-dari-dr.html
Langgan:
Catatan (Atom)