ANAK PENGGUNTING RAMBUT
( Nor Hidayah Asari )
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM
)
Sinopsis:
Cerpen
"Anak Penggunting Rambut" mengisahkan seorang ayah yang mempunyai
seorang anak perempuan yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak
yang berambut pendek seperti kanak-kanak lelaki dan mempunyai nama panggilan.
Manis. Wajahnya comel dan suka tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa
Manis lebih baik berambut pendek kerana dia selalu pening dan pitam.
Manis
bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut walaupun ayah
sudah berusia enam puluh lima tahun kerana kebanggaan itu, rambut Manis akan
digunting oleh ayah sehingga mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal dengan
panggilan Mat Gunting di Kampung Batu 25, Bagan Datoh. Apabila ayah diterima
menjadi peneroka FELDA, beliau menggambil upah menggunting rambut setelah pulang
dari ladang.
Ketika
Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan pekerjaan ayahnya
sebagai penggunting rambut. Namun demikian, ayah akan menceritakan kesusahannya
mencari rezeki di kampung dengan melakukan banyak pekerjaan termasuk menggunting
rambut meskipun pendapatannya tidak seberapa. Ayah juga menceritakan rezeki
sebagai penggunting rambut sudah sebati dengan hidup sejak kali pertama belajar
menggunting rambut.
Manis
sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah membawa kemenangan
yang bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak itu, Manis selesa
dengan berambut pendek dan ayah terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakan orang
berpendapat bahawa ayah telah membentuk peribadi Manis berperwatakan lelaki
disebabkan rambutnya yang pendek. Namun begitu ayah menyenanginya apatah lagi
Manis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting. Selepas kematian
isterinya, ayah sibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya
hingga terlupa menggunting rambut Manis.
Ayah
akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen untuk
kanak-kanak dan seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut diletakkan di
dalam bekas kelengkapan gunting rambut dan disangkut pada dinding. Ayah tahu
Manis selalu mengambil antara dua puluh sen atau tiga puluh sen wang upah
tersebut tetapi tidak memarahinya apabila mengetahui wang tersebut digunakan
untuk membeli keropok lekor di kantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah
Manis tidak mencukupi, ayah telah menambahnya dengan syarat Manis tidak boleh
lagi mengambil wang upah gunting tanpa kebenarannya.
Manis
akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masa pelanggan yang
datang. Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua atau tiga orang
pelanggan yang menanti kepulangannya. Manis akan membantu tugas-tugas lain
seperti menyapu dan mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul untuk
menggali lubang bagi menanam rambut-rambut yang digunting.
Di
alam sekolah menengah, Manis masih berambut pendek walaupun dicemburi oleh
ramai pelajar senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis akan meminta ayahnya
menggunting rambutnya mengikut gaya yang baru. Akhirnya, imej Manis berambut
pendek telah menjadi ikutan rakan-rakannya tetapi tidak disenangi oleh warden
asramanya.
Apabila
meningkat dewasa Manis menyambung pelajarannya ke Kuala Lumpur. Sepanjang
pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang ke kampung. Manis cuma
menelefon ayahnya dengan memberi pelbagai alasan untuk tidak pulang ke kampung.
Pada
suatu hari, ayah mendapat panggilan telefon kecemasan daripada kawan Manis yang
menyatakan Manis sakit dan berada di hospital. Manis disahkan mengidap leukemia
sama seperti penyakit ibunya. Hati ayah menjadi sebak apabila mengusap helaian
dan gumpalan rambut Manis yang gugur daripada kulit kepalanya. Kepala Manis
kini sudah separuh botak.
Doktor
memberi harapan tipis untuk Manis hidup dalam tempoh beberapa bulan sahaja.
Namun begitu, Allah lebih sayang akan Manis. Dia menghembuskan nafas
terakhirnya di atas ribaan ayah. Pada akhir kalimat yang diucapkan oleh Manis
kepada ayahnya masih terngiang-ngiang di telinga ayahnya betapa sehelai rambut
Manis amat bermakna dan Manis tidak mampu menyimpannya lagi.
Tema:
Kasih
sayang ayah terhadap anaknya. Ayah yang bekerja sebagai tukang gunting
menyayangi anaknya, Manis dengan memenuhi kehendak anaknya untuk bergunting
rambut hingga ke akhir hayat anaknya.
Persoalan:
1.
Persoalan
berdikari untuk meneruskan kehidupan. Contohnya, Ayah meneruskan kehidupan
menjaga Manisah setelah kematian isterinya.
2.
Persoalan
prihatin dengan masalah anak. Contohnya, Ayah menambah wang saku anaknya
setelah wang saku yang diberi tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian di
sekolah.
3.
Persoalan
menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang. Contohnya, Ayah dan anak-anaknya
redha menerima kematian Manisah akibat penyakit Leukemia.
4.
Persoalan
mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup. Contohnya, Manisah
sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk menyambung pelajaran di bandar.
Plot:
Permulaan
Pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak
ayah sebagai tukang gunting yang dikagumi oleh anak perempuannya, Manis.
Pekerjaan ayah sebagai tukang gunting bermula dengan kerja sampingan tetapi
akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis pula menjadi pelanggan ayahnya
dengan gaya guntingan rambut pendek.
Perkembangan
Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang
gunting walaupun ditertawakan oleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis menemani
ayahnya waktu bergunting rambut telah dikagumi oleh ayahnya. Manis mempunyai
prinsip untuk mempertahankan rambut pendeknya walaupun sudah bersekolah
menengah dan ditegur oleh warden asramanya. Setelah melanjutkan pelajarannya di
peringkat universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya dan hanya sekadar menelefon
ayahnya sahaja.
Klimaks
Manis disahkan mengidap penyakit leukemia oleh doktor.
Dia hanya boleh hidup selama beberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hati apabila
menerima perkhabaran itu.
Peleraian
Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya
meninggal dunia. Ayah menerima suratan takdir Allah dengan mengenang kembali
makna sehelai rambut Manis yang gugur akibat penyakit leukemia.
Teknik Penceritaan:
1.
Dialog.
Contoh: "Mengapa abah teruskan juga menjadi penggunting rambut bila dah
sampai ke sini?"
2.
Imbas
kembali. Contoh: Aku masih ingat kali pertama dia ke tadika. Dia menangis.
3.
Monolog
dalaman. Contoh: Kau tak rindukan pisau cukur yang pernah tergores di leher
jinjangmu. Manis sudah lapan bulan abah tidak menggunting rambutmu.
Watak dan Perwatakan:
(i) Ayah
·
sudah
berusia lewat 60-an
·
seorang
bapa tunggal
·
rajin
bekerja untuk menyara keluarganya
·
tabah
menjalani tugasnya sebagai tukang gunting
·
memiliki
bakat dan kepandaian menggunting rambut
·
hidup
menduda setelah kematian isteri
(ii) Manisah
·
memiliki
raut wajah yang comel
·
berpendirian
tegas dan sanggup menghadapi risiko
·
berusaha
dengan bersungguh-sungguh dalam bidang pelajaran
·
rajin
membantu orang lain
·
gemar
berambut pendek
Latar:
Masa
1.
Petang
- Ayah menanam rambut Manis di dalam satu lubang kecil selepas kematian Manis.
2.
Subuh
- Waktu Manis meninggal dunia kerana penyakit leukemia.
3.
Waktu
Siang - Waktu ayah bekerja di ladang, di kedai gunting rambut, dan Manis pergi
ke sekolah.
Tempat
1.
Kampung
Batu 25, Bagan Datoh - kampung asal ayah sebelum berpindah ke tanah rancangan
FELDA
2.
Tanah
rancangan FELDA - tempat ayah merantau untuk mencari penghidupan yang lebih
baik.
3.
Tadika
- Manis dan kumpulannya mengambil bahagian dalam acara membawa bakul kacang di
atas kepala dan memenangi acara tersebut.
4.
Asrama
- Manis tinggal di asrama semasa bersekolah menengah.
5.
Hospital
- tempat Manis dirawat kerana penyakit leukemia.
Masyarakat
1.
Masyarakat
yang mementingkan sikap berdikari untuk kelangsungan hidup. Contohnya: Ayah
yang berdikari mendidik anak-anaknya setelah kematian isterinya.
2.
Masyarakat
peneroka FELDA yang dapat mengusahakan kerja sampingan. Contohnya: Ayah di
samping menjadi peneroka sanggup menjadi tukang gunting rambut sebagai kerja
sambilan.
3.
Masyarakat
yang berani mempertahankan risiko. Contohnya: Ayah mempertahankan tindakannya
memotong rambut Manisah hingga pendek walaupun dikritik oleh orang kampung.
4.
Masyarakat
yang menerima takdir Tuhan dengan tabah. Contohnya: Ayah dan abang menerima
takdir kematian Manisah dengan redha.
Gaya Bahasa:
·
Sinkope.
Contohnya, Kau degil tetapi cepat menangis.
·
Kata
ganda. Contohnya, Sampah-sarap, rakan-rakan, awal-awal.
·
Simile.
Contohnya, Seperti Busut Hitam.
·
Personifikasi.
Contohnya, Jari-jemari abah ini seperti menari-nari sendiri.
Nilai:
1.
Nilai
Keberanian. Contoh: Manisah berani berambut pendek walaupun telah dipanggil dan
ditegur oleh guru.
2.
Nilai
Berdikari. Contoh: Ayah berdikari dalam mendidik anak-anak selepas kematian
isterinya.
3.
Nilai
Semangat Bermasyarakat. Contoh: Ayah sanggup meneruskan kerja menggunting
rambut kepada peneroka dan anak peneroka walaupun bayarannya rendah.
4.
Nilai
Kasih sayang. Contoh: Ayah sangat menyayangi Manisah sejak kecil hingga dewasa.
5.
Nilai
Kerajinan. Contoh: Ayah rajin bekerja di ladang dan juga sebagai tukang gunting
rambut pada sebelah petangnya. Manisah juga rajin menolong ayahnya membersihkan
tempat menggunting rambut.
Pengajaran:
1.
Kita
hendaklah menerima ketentuan Allah. Contoh: Ayah menerima ketentuan Allah yang
mengambil nyawa isterinya dan juga nyawa anaknya Manisah lebih awal.
2.
Kita
hendaklah mendidik anak dengan sempurna. Contoh: Ayah mendidik anak-anaknya
dengan baik walaupun tanpa isteri yang telah meninggal dunia.
3.
Kita
hendaklah bersangka baik terhadap jiran. Contoh: Orang kampung memahami mengapa
ayah memotong rambut Manisah hingga pendek.
4.
Kita
hendaklah rajin belajar walaupun berjauhan dengan keluarga. Contoh: Manisah
rajin belajar sehingga masuk universiti walaupun berjauhan dengan keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan